Pihak polis Hong Hong akan terus berusaha memulihkan sistem lalu lintas di bandar raya itu yang lumpuh akibat demonstrasi "Menduduki Kawasan Central".
Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun-ying dalam laman sosial semalam berkata, sebahagian penghalang yang ditempatkan di Mong Kok, Central, Causeway Bay dan Admiralty dibatalkan semalam dan lalu lintas di jalan-jalan utama pulih normal.
Menurut Leung, kerajaan, pihak polis serta masyarakat tempatan menunjukkan kesabaran secara maksimum terhadap penunjuk perasaan dan mendengar suara mereka. Walau bagaimanapun, kesesakan lalu lintas memang mengganggu kehidupan harian orang ramai. Jika pemprotes tetap mahu berhimpun, mereka dicadangkan berpindah ke tempat yang lebih luas dan tidak mengganggu kehidupan harian orang awam, seperti Taman Tamar, Taman Victoria dan Taman Permainan MacPherson Mong Kok.