Pelbagai negara diingatkan supaya berhati-hati dalam bercakap dan bertindak tentang peristiwa "Menduduki kawasan Central" yang tercetus di Hong Kong sejak penghujung bulan lalu dan jangan menghantar isyarat yang salah untuk menyokong protes itu.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media di Beijing semalam.
Hong Lei menegaskan, hal-ehwal Hong Kong adalah urusan dalaman China. Negara-negara berkenaan harus bersikap teliti dan jangan campur tangan dalam urusan tersebut.