Rakyat Hong Kong harus menangani isu pemilihan umum di sisi undang-undang dengan sikap yang pragmatik, rasional dan tenang.
Demikian dinyatakan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun-ying semalam.
Leung berkata, demonstrasi "Menduduki Kawasan Central" yang berlarutan selama lebih dua minggu menjatuhkan imej bandar raya itu di persada antarabangsa dan mengganggu kegiatan ekonomi khususnya operasi perusahaan kecil dan sederhana. Protes yang mengakibatkan kerugian besar itu bukanlah pendekatan untuk menyelesaikan isu pemilihan umum.
Beliau menegaskan, pembaharuan sistem politik harus dilakukan mengikut Undang-undang Asas dan keputusan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China. Kerajaan Hong Kong selalu menunjukkan kesediaan untuk berdialog dengan pelajar dan tokoh-tokoh berkenaan mengenai pembaharuan sistem politik.