Cari:
Li Keqiang: Tingkatkan Kerjasama Asia-Eropah
2014-10-17 15:14:53 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika memberi ucaptama dalam Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-10 di Milan, Itali petang semalam berkata, Eurasia merupakan benua yang paling luas dan memiliki jumlah penduduk paling ramai di dunia. Benua ini mempunyai peluang pembangunan yang paling banyak dan berpotensi paling tinggi di dunia. Sejak ASEM ditubuhkan pada 18 tahun lalu, dialog politik dan kerjasama antara pelbagai negara anggota kian diperkasakan. China bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara di Asia dan Eropah mewujudkan kesedaran komuniti Asia-Eropah, meningkatkan perpaduan dan kerjasama, membuka pintu, bersikap inklusif, berganding bahu dengan semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, serta membina hubungan rakan menyeluruh baharu China-Eropah yang berasaskan kedamaian dan pembangunan.

PM Li telah mengemukakan tiga cadangan bagi kerjasama Asia-Eropah.

Pertama, bersama-sama memelihara kedamaian, keamanan dan pembangunan yang stabil di Asia dan Eropah. Peperangan telah membawa kesengsaraan kepada rakyat di rantau ini. Pelbagai negara anggota perlu bersama-sama membina dunia yang multipolar serta memperkasakan kerjasama pelbagai pihak. Selain itu, negara-negara tersebut perlu memperkukuh dan menyempurnakan mekanisme dialog dan kerjasama dalam pelbagai cara, menyelesaikan konflik dan persengketaan melalui cara politik secara damai serta hidup bersama-sama dalam suasana yang damai dan saling menguntungkan.

Kedua, mempertingkatkan kesalinghubungan dan liberalisasi perdagangan dan pelaburan. China bersedia bersama-sama dengan negara-negara lain di benua ini untuk membina infrastruktur dan jaringan kesalinghubungan. Pelbagai negara perlu mempertahankan kebebasan perdagangan dan pelaburan serta memelihara mekanisme perdagangan pelbagai hala.

Dan ketiga, memperkasakan pertukaran kebudayaan dan pembangunan masyarakat. Pelbagai pihak perlu mendorong kerjasama dalam bidang kemanusiaan dan sosial, berkongsi pengalaman dalam sektor urbanisasi dan kesihatan awam.

PM Li berkata, China bersedia berusaha bersama-sama dengan pelbagai negara anggota ASEM meningkatkan dialog dan kerjasama agar mencipta masa depan yang lebih cerah di rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China