Cari:
Yang Jiechi Temui John Kerry
2014-10-19 14:53:31 CRI Cetak

Dalam tempoh setahun sejak Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mencapai kata sepakat mengenai hubungan negara gergasi baru di Estet Annenber, AS pada Jun tahun lalu, hubungan bilateral mencapai banyak kemajuan positif baru. Kedua-dua negara sepatutnya mempertingkat interaksi dan rasa saling mempercayai dari segi strategi, memperdalam kerjasama, menangani baik perselisihan pendapat dan melaksanakan prinsip tidak berkonflik, tidak berkonfrontasi, saling menghormati dan menang-menang dalam tindakan pelbagai bidang, agar memastikan perkembangan hubungan secara sihat dan mengusahakan keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau dan sejagat.

Demikian dinyatakan anggota Dewan Negara China, Yang Jiechi ketika beliau menemui Setiausaha Negara AS, John Kerry di Boston, AS semalam.

Menurut Kerry, Obama mementingkan lawatannya ke China pada bulan hadapan. Beliau berharap menggunakan momentum penting ini membincangkan kerjasama antara satu sama lain. Pihaknya juga sudi bekerjasama dengan China bagi mendorong kejayaan Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC yang akan diadakan di China tidak lama lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China