Pameran artifak dari Kapal Perang Zhongshan dirasmikan di Singapura semalam. Ini merupakan kali pertama artifak dari kapal itu dipamerkan.
Lebih 50 gambar, dokumen dan catatan dipertunjukkan dalam pameran yang berlangsung hingga 19 April tahun depan.
Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, Lawrence Wong berkata, pameran kali ini merupakan aktiviti pertukaran yang amat baik antara kedua-dua negara.