Forum Dialog Strategik Kumpulan Pemikir China-ASEAN Ke-7 yakni Sidang Kemuncak Pemikir Koridor Ekonomi China-Singapura Pertama berakhir di Nanning, Guangxi hari ini. Persepakatan Nanning tentang Pembangunan Bersama Koridor Ekonomi China-Singapura dicapai dalam forum tersebut.
Berdasarkan persepakatan itu, pembangunan infrastruktur dan kesalinghubungan akan diutamakan. Negara-negara terbabit perlu menumpu kepada kesalinghubungan pengangkutan, iaitu mendorong pembinaan landasan kereta api, jalan raya dan laluan laut.
Selain itu, pihak berkenaan juga perlu menggunakan institusi kewangan antarabangsa dan tabung kerjasama, di samping menggunakan pelbagai sumber termasuk sumber swasta, mencipta model dan saluran pembiayaan, mencari kerjasama kewangan yang sesuai dan mendorong pembangunan bank pelaburan prasarana Asia.