Cari:
AS Tolak Ansur dalam Isu Nuklear Iran
2014-10-21 12:04:20 CRI Cetak

Menurut Agensi Berita Mehr (MNA), Naib Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi melaporkan kepada parlimen bahawa AS bersedia untuk bertolak ansur dalam isu nuklear Iran, iaitu bersetuju Iran memiliki 4,000 buah mesin pengempar.

Agensi berita itu memetik kenyataan seorang ahli Parlimen Iran sebagai berkata, Abbas Araqchi menjelaskan perkembangan terkini rundingan nuklear kepada Suruhanjaya Keselamatan Negara dan Dasar Luar parlimen. Kenyataan ini masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Iran kini mempunyai 19,000 buah mesin pengempar, antaranya 9,400 sedang beroperasi. Menurut pemimpin tertinggi Iran, Ali Ayatollah Khamenei, Iran memerlukan 190 ribu mesin pengempar pada beberapa tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China