Cari:
Kabinet Abe Berdepan Cabaran Hebat
2014-10-22 14:46:01 CRI Cetak

Menteri Ekonomi dan Industri Jepun, Yuko Obuchi dan Menteri Kehakiman, Midori Matsushima berturut-turut meletakkan jawatan pada 20 Oktober lalu. Dua menteri wanita itu sebelum ini dianggap "bintang" dalam kabinet Shinzo Abe, dan simbol bagi imej kerajaan Jepun yang "mengutamakan kedinamikan kaum wanita." Menurut pandangan penganalisis, peletakan jawatan oleh dua orang menteri wanita itu bakal memberikan tamparan hebat kepada kerajaan Shinzo Abe, sekali gus menyebabkan kadar sokongan terhadap Perdana Menteri itu terus menurun.

Yuko Obuchi disyaki terlibat dalam skandal melanggar undang-undang pilihan raya awam, menyalahgunakan dana dan memberikan kepentingan kepada pihak-pihak tertentu secara haram. Midori Matsushima juga disyaki melanggar undang-undang pilihan raya awam dengan memberikan berpuluh ribu kipas kepada pengundi semasa kempen pilihan raya.

Selepas skandal berkenaan didedahkan melalui laporan media, kedua-dua menteri wanita itu dikecam hebat oleh parti pembangkang dan masyarakat awam. Parti Demokrat yang merupakan parti pembangkang paling besar telah melaporkan kes Midori Matsushima kepada badan pendakwa raya Tokyo supaya siasatan lanjut dijalankan ke atas menteri wanita itu.

Skandal tersebut dijangka meletakkan Abe dalam keadaan serba salah. Kedua-dua menteri wanita itu meletakkan jawatan dengan segera mungkin dapat mengurangkan kesan negatif kepada kabinet Shinzo Abe.

Semasa pertama kali menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006 dan 2007, Abe telah menyaksikan lima anggota kabinetnya terpaksa meletakkan jawatan akibat skandal menggunakan peruntukan secara haram bagi tujuan politik dan gagal menunaikan janji. Malah, Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan pula membunuh diri akibat mengalami tekanan yang hebat. Sehubungan dengan itu, Shinzo Abe yang hanya setahun sahaja menjadi perdana menteri terpaksa meletakkan jawatan.

Menurut hasil tinjauan pendapat umum yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Kyodo Jepun, kadar sokongan terhadap kabinet Shinzo Abe telah menurun kepada 48%, iaitu hampir 7% lebih rendah berbanding bulan lepas. Manakala, kadar tidak menyokong telah meningkat secara mendadak kepada 40% daripada 29% pada tahun lepas.

Selain itu, pemulihan ekonomi yang lemah turut merunsingkan fikiran kabinet Abe. Masyarakat awam kini kurang yakin atas "ekonomi Abe". 85% respoden berpendapat bahawa dasar ekonomi Abe gagal membantu memulihkan ekonomi negara itu. Menurut ahli ekonomi pula, pada hakikatnya pendapatan penduduk Jepun belum bertambah, sebalik menurun berikutan kenaikan harga barangan dan turunnya nilai Yen Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China