Republik Korea (RoK) mengundang Repulik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menyertai Forum Kedamaian dan Kerjasama Asia Timur Laut.
Republik Korea juga mengeluarkan undangan rasmi kepada A.S., China, Jepun, Rusia dan beberapa negara lain. Setakat ini, pihak penganjur belum mendapat respons dari DPRK.
Forum Kedamaian dan Kerjasama Asia Timur Laut akan diadakan di Seoul pada 28 hingga 30 bulan ini. Forum itu bertemakan "Jalan ke Arah Kedamaian dan Kerjasama Asia Timur Laut".