Cari:
Sidang Pleno Ke-4 Jawatankuasa Pusat Ke-18 PKC Berakhir
2014-10-23 19:16:11 CRI Cetak

Sidang Pleno Ke-4 Jawatankuasa Pusat Ke-18 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing pada 20 hingga 23 Oktober lalu. Sidang itu telah meluluskan dokumen Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC Tentang Pentadbiran Negara Mengikut Undang-undang.

Sidang pleno itu menganjurkan bahawa matlamat pentadbiran negara mengikut undang-undang adalah membina sistem perundangan sosialis yang bercirikan China, dan membangunkan negara perundangan sosialis. Antara misi-misi yang penting seperti menyempurkan sistem perundangan sosialis yang bercirikan China berdasarkan perlembagaan, dan meningkatkan penguatkuasaan perlembagaan; memperkesankan pentadbiran di sisi undang-undang; menjamin keadilan kehakiman; mendorong pembangunan masyarakat perundangan; meningkatkan pembinaan modal insan dalam sektor perundangan; dan memperkukuh dan memperbaiki kepimpinan PKC terhadap pentadbiran mengikut undang-undang.

Sidang itu turut membahaskan dan meluluskan laporan penyiasatan terhadap beberapa kes penyelewengan kuasa dan rasuah yang melibatkan beberapa pegawai kanan parti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China