Usaha membaiki mutu udara di Beijing dan kawasan di sekitarnya sempena Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin APEC dan musim sejuk akan datang antara usaha menangani pencemaran udara yang paling utama bagi kerajaan. Demikian dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli ketika menghadiri mesyuarat tentang usaha menangani pencemaran udara di Beijing, Tianjin dan provinsi Hebei semalam.
Zhang Gaoli berkata mutu udara kurang baik di negara ini pada musim sejuk. Usaha menangani pencemaran udara perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh bagi menjamin kesihatan rakyat. Dalam konteks ini, pembakaran arang batu perlu dikurangkan, dan 6 juta kereta yang lama perlu dimusnahkan setiap tahun.