Cari:
Media Pelbagai Negara Hargai Komitmen PKC Dorong Pentadbiran Negara Mengikut Undang-undang
2014-10-25 15:35:29 CRI Cetak

Persidangan Pleno Ke-4 Jawatankuasa Pusat Ke-18 Parti Komunis China (PKC) berakhir di Beijing pada 23 Oktober lalu. Sidang itu meluluskan "Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC tentang Usaha Mendorong Pentadbiran Negara Mengikut Undang-Undang".

Menurut media pelbagai negara bahawa keputusan itu telah menetapkan matlamat dalam usaha mendorong pentadbiran negara mengikut undang-undang, sekali gus menekankan komitmen Parti Komunis China yang kukuh dalam usaha tersebut.

"New York Times" AS menerbitkan ulasan dalam laman sesawangnya yang menyatakan bahawa "pentadbiran negara mengikut undang-undang" buat pertama kali dijadikan topik perbincangan utama dalam persidangan Parti Komunis China. Pendekatan pembaharuan undang-undang yang diluluskan dalam persidangan itu akan memberikan kesan yang mendalam dan menyeluruh kepada China, di samping membentuk sistem perundangan China ke arah yang lebih teratur dan adil.

Laman sesawang akhbar "The Wall Street" dalam artikelnya menyatakan, China yang dipimpin oleh Xi Jinping memperlihatkan satu imej yang ketara bahawa negara itu kini bertabah untuk menampilkan diri ke arena dunia. Cetak biru yang digariskan dalam persidangan Parti Komunis China itu bakal menjadikan sistem perundangan China lebih berdaulat dan profesional.

Laporan Agensi Berita Itar-tass Rusia pula menyatakan bahawa sistem perundangan sosialis yang sempurna perlu dibentuk bagi menerajui usaha pembaharuan dan mewujudkan matlamat masyarakat kaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China