Kota Larangan Beijing semalam mengumumkan bahawa Kota Larangan akan dibuka seperti biasa sepanjang tempoh Persidangan APEC 2014 di Beijing pada awal November nanti.
Pada 7 hingga 12 November nanti, jabatan kerajaan, institusi awam dan organisasi sosial di Beijing akan bercuti. Dalam tempoh itu, Kota Larangan akan dibuka seperti biasa, dan ditutup pada 10 November seperti kelaziman pada setiap Isnin.
Di samping itu, Kota Larangan akan mula melaksanakan waktu buka musim luar puncak pada 1 November nanti. Tiket masuk akan dijual pada pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang, dan para pelancong dilarang masuk selepas pukul 3.40 petang. Harga tiketnya RMB 40.