Cari:
KDNK China Dijangka Capai 7.4% Tahun Ini
2014-10-27 13:42:09 CRI Cetak

Baru-baru ini, dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China, ketua Jabatan Penyelidikan Ekonomi Makro Pusat Penyelidikan Pembangunan Dewan Negara China, Yu Bin telah memaklumkan situasi ekonomi makro China sekarang. Yu Bin menyatakan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dijangka mencatat kira-kira 7.4% pada tahun ini dan 7% pada tahun 2015.

Dalam sidang akhbar itu, Yu Bin menyatakan bahawa memandangkan situasi ekonomi sepanjang tahun ini, pertumbuhan eksport dijangka kekal pada kadar 6%. Walaupun jumlah penjualan hartanah akan meningkat pada penghujung tahun ini berikutan pelonggaran dasar pinjaman bagi pembelian rumah pertama dan pembelian rumah kedua bagi memperbaiki suasana bilik penginapan, kadar pertumbuhan pelaburan dalam bidang hartanah menurun kepada kira-kira 15%. Serentak itu, pertumbuhan penggunaan dijangka kekal pada kadar 10.8%. KDNK pada tahun ini dijangka mencatat kira-kira 7.4%, angka ini berada dalam julat yang munasabah berbanding matlamat tahun ini pada 7.5%.

Mengulas tentang penganalisis yang memandang negatif prestasi ekonomi China berikutan pertumbuhan KDNK yang merosot, Yu Bin menyatakan bahawa ekonomi China sekarang berkembang dengan stabil pada keseluruhannya. Dalam tempoh 11 suku tahun berturut-turut sejak 2012 hingga sekarang, perbezaan antara nilai KDNK paling tinggi dengan paling rendah hanya 0.6%. Trend yang stabil ini mencipta suasana makro yang lebih baik.

Dalam sidang akhbar itu, Yu Bin juga menerangkan pengubahsuaian dalam pasaran hartanah. Beliau menegaskan bahawa projek pembinaan rumah baharu mesti dikurangkan selangkah demi selangkah untuk mengelakkan pembekalan yang berkelebihan di seluruh negara. Walaupun pengubahsuaian dijalankan dengan lebih besar-besaran baru-baru ini sehingga memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi, tetapi langkah ini merupakan langkah yang wajar dan pilihan yang pragmatik.

Yu Bin menganggap bahawa tahun 2015 iaitu tahun terakhir bagi Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-12 dan 2016 iaitu tahun pertama bagi Rancangan Lima Tahun ke-13, tempoh yang amat penting bagi pengubahan corak pembangunan ekonomi China. Dasar ekonomi makro mesti selaras dengan trend pengubahsuaian sekarang, selain sebaik mungkin mengawal turun naik ekonomi supaya mewujudkan pertumbuhan KDNK pada 7% pada tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China