Cari:
TPP: AS, Jepun Masih Berselisih Pendapat
2014-10-28 13:11:28 CRI Cetak

Rundingan pusingan baharu berhubung Perkongsian Trans-Pasifik(TPP) yang diadakan di Sydney mencapai kemajuan yang penting, namun masih wujud perselisihan pendapat antara AS dan Jepun dalam isu kemasukan pasaran.

Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia, Andrew Robb berkata, pelbagai pihak kini bersiap sedia untuk membuat keputusan tentang beberapa isu penting termasuk hak harta intelek, akses pasaran serta isu berhubung syarikat milik kerajaan.

Menteri Ekonomi dan Dasar Fiskal Jepun, Akira Amari dalam sidang akhbar berkata, Jepun dan AS gagal mencapai persepakatan tentang isu kemasukan pasaran. Kedua-dua negara akan mengadakan perbincangan selanjutnya untuk mencapai hasil yang memuaskan.

Wakil Perdagangan AS, Michael Froman berkata, perjanjian muktamad mengenai isu kemasukan pasaran masih belum dicapai. Oleh itu, masih banyak lagi kerja perlu dibuat untuk mencapai hasil yang memuaskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China