Untuk menjamin keselamatan sepanjang tempoh Persidangan APEC 2014 di Beijing pada awal November nanti, latihan mencegah keganasan yang dianjurkan oleh Biro Keselamatan Awam Beijing telah diadakan di Pusat Konvensyen Kebangsaan Taman Olimpik di daerah Chaoyang serta Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Tasik Yanqi di daerah Huairou semalam.
Pihak polis Beijing komited akan mengambil langkah-langkah ketat untuk menjamin keselamatan dalam tempoh sidang APEC.