Cari:
1,060 Unit Rumah Baharu di Baitulmuqaddis Timur
2014-10-28 13:49:32 CRI Cetak

Menurut akhbar Gaarez Israel, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meluluskan projek pembinaan 1,060 unit rumah baharu di petempatan Yahudi di Baitulmuqaddis Timur semalam.

Menurut seorang pegawai Pejabat PM yang enggan namanya didedahkan, 660 unit rumah akan dibina di Ramat Shlomo, dan bakinya di Har Homa. Kedua-dua petempatan ini terletak di luar Garisan Hijau iaitu garisan gencatan senjata sebelum Perang Asia Barat pada tahun 1967, di timur laut Baitulmuqaddis.

Pada hari yang sama, Netanyahu juga mengarahkan supaya pembinaan infrastruktur di petempatan Yahudi di Tebing Barat Sungai Jordan, termasuk 12 jalan raya baharu dipercepat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China