Cari:
Presiden Iran Optimistik Terhadap Perjanjian Nuklear
2014-10-28 14:10:38 CRI Cetak

Dengan semakin dekatnya tarikh akhir rundingan berhubung isu nuklear Iran pada bulan November nanti, rundingan pusingan ini menjadi tumpuan umum. Presiden Iran, Hassan Rouhani menyatakan, jika negara Barat menunjukkan keikhlasan yang secukupnya, perjanjian muktamad dijangka dapat dicapai.

Ketika menemui Duta Besar Norway ke Iran, Odyssey Norheim semalam, Rouhani berkata, pihak-pihak terlibat telah mencapai hasil positif dalam rundingan sebelum ini. Beliau yakin, sekiranya negara Barat boleh menunjukkan kesungguhan politik yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah ini, perjanjian yang dapat diterima oleh semua pihak dijangka dapat dicapai sebelum 24 November nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China