Cari:
Jepun Diharap Tunjuk Keikhlasan Baiki Hubungan dengan China
2014-10-30 12:55:35 CRI Cetak

China memberikan layanan yang sewajarnya sebagai tuan rumah kepada semua tetamu yang menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing, di samping berharap supaya pihak Jepun menunjukkan keikhlasan untuk menghapuskan halangan yang menjejaskan perkembangan hubungan dua hala.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam Forum Lanting ke-10 semalam ketika menjawab persoalan tentang sama ada pertemuan akan diadakan antara pemimpin China dan Jepun dalam tempoh persidangan APEC nanti.

Menurut Menteri Luar China itu, wujudnya masalah dan halangan dalam perkembangan hubungan China-Jepun merupakan fakta yang objektif. China berharap Jepun menerima masalah yang sedia wujud, dan menunjukkan keikhlasan untuk menangani masalah tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China