Kanada dan China sedang mengadakan perbincangan tentang kehadiran Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dalam Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC di Beijing, sedangkan Perdana Menteri itu juga dijadualkan mempunyai agenda yang penting di Ottawa pada 11 November nanti. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China dalam Forum Lanting ke-10 yang diadakan di Beijing semalam.
Menyentuh tentang soalan wartawan bahawa Perdana Menteri Kanada dilaporkan tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak APEC akibat kes tembakan di Ottawa pada minggu lalu yang mengorbankan dua askar, Wang Yi berkata, pihak Kanada mempunyai hasrat yang kuat untuk menghadiri sidang tersebut. Kedua-dua pihak sedang mengadakan perbincangan menerusi saluran diplomatik berhubung perkara ini. Penyelesaian yang mengambil kira kepentingan dan keperluaan kedua-dua pihak dipercayai dapat dicapai.