Cari:
China Nanti-Nantikan Kejayaan Persidangan APEC 2014
2014-10-30 15:36:32 CRI Cetak

Persidangan APEC 2014 yang bertemakan "membina perkongsian Asia-Pasifik yang menghadapi masa depan" bakal diadakan pada awal bulan November nanti. Dalam Forum Lanting yang diadakan oleh Kementerian Luar China di Beijing semalam, China dan para peserta, termasuk diplomat-diplomat negara asing di China, wakil-wakil dari pertubuhan antarabangsa ke China dan kalangan perdagangan serta sarjana, cendekiawan dan wartawan dalam dan luar negeri bertukar-tukar pandangan mengenai prospek kerjasama APEC. Menteri Luar China, Wang Yi dalam ucaptamanya berkata, Persidangan APEC tahun ini dipercayai dapat mencapai kemajuan baharu dalam tiga aspek termasuk proses pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik.

Wang memuji kejayaan Persidangan APEC membentuk arkitekur baharu geoekonomi dunia, membuka lembaran baharu kerjasama ekonomi serantau global dan membawa era baharu bagi hubungan China dan Asia-Pasifik. Beliau menegaskan, sebagai anggota utama di rantau Asia-Pasifik, China sentiasa komited memainkan peranan yang bersifat membina bagi mewujudkan Asia-Pasifik baharu yang damai, stabil, bekerjasama, makmur dan juga terbuka dan inklusif.

Dimaklumkan, mempercepat integrasi ekonomi serantau, menggalakkan inovasi, pembaharuan dan pertumbuhan ekonomi, memperkasakan pembinaan prasarana dari segenap aspek dan kesalinghubungan ditetapkan sebagai tiga topik utama yang akan dibincangkan dalam tempoh Persidangan APEC kali ini.

Wang Yi berkata,

"Pelbagai pihak berkenaan menanti-nantikan Persidangan APEC tahun ini dapat mencapai persepakatan untuk menggalakkan integrasi serantau dan membuahkan hasil dan kemajuan sebenar, dan Asia-Pasifik dapat mengekalkan perkembangan dan kemakmuran bagi menerajui pemulihan semula dan pertumbuhan ekonomi dunia. China juga diharap dapat mengambil peluang ini membuat sumbangan baharu kepada perkembangan APEC dan kebangkitan rantau ini."

Integrasi ekonomi di rantau Asia-Pasifik sentiasa diberi keutamaan dalam Persidangan APEC. Dalam pada itu, Wang berkata,

"Penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasfik ialah persepakatan dan visi yang sudah sekian lama ditetapkan oleh para pemimpin APEC. Hal ini bermanfaat untuk menggabungkan pelbagai jenis mekanisme bilateral atau multilateral di rantau ini. Kami akan memanfaatkan Persidangan APEC kali ini untuk mencapai persepakatan mengenai kawasan perdagangan bebas tersebut."

Selain itu, Persidangan APEC dilaporkan juga akan mencapai kemajuan baharu dalam bidang kesalinghubungan. Ini bukan sahaja melibatkan kesalinghubungan prasarana seperti lebuh raya dan jambatan, malah juga termasuk perisian berkenaan.

Pihak China berharap Persidangan APEC di Beijing ini dapat merealisasikan tiga matlamat, iaitu bersama-sama membina perkongsian Asia-Pasifik, membentuk arkitekur ekonomi serantau yang terbuka serta bersama-sama menggariskan hala tuju perkembangan APEC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China