Presiden China, Xi Jinping akan mempengerusikan dan menghadiri siri mesyuarat penting dalam tempoh Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Beijing pada bulan depan.
Menteri Luar China, Wang Yi dalam Forum Lanting ke-10 semalam memaklumkan, Presiden Xi akan mempengerusikan Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC yang bertemakan "Corak Masa Depan Melalui Perkongsian Asia Pasifik" pada 10 dan 11 November.
Presiden Xi akan menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak CEO APEC pada 9 November untuk membentangkan pendirian China tentang kerjasama serantau di Asia Pasifik dan menjangkau prospek ekonomi China.
Pada 10 November, Presiden Xi akan mempengerusikan Dialog Pemimpin APEC dengan Majlis Penasihat Perniagaan dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh wakil majlis tersebut. Pada malam hari yang sama, Presiden Xi dan isterinya, Puan Peng Liyuan akan mengadakan jamuan untuk meraikan semua pemimpin dan wakil anggota APEC.
Selain mesyuarat tersebut, pertemuan dua hala antara Xi dengan beberapa pemimpin anggota APEC yang menghadiri persidangan di Beijing juga akan dijadualkan.