China mengingatkan Britain agar tidak campur tangan dalam urusan Hong Kong, yang merupakan hal-ehwal dalaman China.
Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming berkata demikian ketika bertemu dengan Setiausaha Kewangan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, John Tsang Chun-wah di London semalam.
Liu menegaskan, China menentang kegiatan haram yang merosakkan sistem undang-undang dan ketenteraman awam Hong Kong termasuk protes "Menduduki Kawasan Central", dan menyokong tindakan kerajaan Hong Kong menangani kegiatan tersebut mengikut undang-undang demi kestabilan masyarakat dan keselamatan rakyat.