Persidangan Menteri Luar Ke-4 Proses Istanbul Mengenai Afghanistan diadakan di Beijing pagi tadi.
Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani Ahmadzai bersama-sama menghadiri persidangan tersebut.
Li dalam ucapannya mengemukakan lima cadangan untuk menyelesaikan isu Afghanistan, iaitu berpegang kepada konsep "negara Afghanistan ditadbir oleh orang Afghanistan", mendorong proses permuafakatan politik, mencepatkan pembangunan semula ekonomi, meneroka jalan pembangunan dan meningkatkan sokongan daripada negara asing.