Cari:
Carrie Lam Cheng Yuet-ngor Tegaskan Sistem Pemilihan Hong Kong tidak Libatkan Pungutan Suara
2014-11-03 13:22:09 CRI Cetak

Ketua Setiausaha Jabatan Pentadbiran Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor menyatakan semalam bahawa sistem pemilihan dan politik Hong Kong tidak melibatkan langkah pungutan suara, sebarang aktiviti atas nama pungutan suara tidak mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang.

Carrie Lam Cheng Yuet-ngor menyatakan kepada media bahawa ketika berdialog dengan Persekutuan Pelajar Hong Kong(HKFS) pada 21 bulan Oktober lalu, kerajaan Hong Kong telah memaparkan keikhlasan yang paling tinggi dan berharap para pelajar juga bersikap ikhlas demi meneruskan dialog agar masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Pada hari yang sama, Ketua Penguasa Jabatan Hubungan Awam Polis Hong Kong, Steve Hui Chun Tak menyatakan harapan agar penganjur gerakan "Menduduki Kawasan Central" menunjukkan ketabahan untuk memberikan jawapan kepada masyarakat dan meminta pemprotes menghentikan tindakan menduduki jalan yang haram.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China