Cari:
Prospek Perdagangan China-Filipina Positif
2014-11-04 13:45:48 CRI Cetak

Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Ekonomi Kebangsaan Filipina, Arsenio M. Balisacan baru-baru ini menyatakan bahawa China dan Filipina menyaksikan perkembangan yang pesat dalam bidang perdagangan pada empat tahun yang lalu. Selain itu, pelaburan China di negara itu bagi setengah tahun pertama 2014 juga mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding tempoh yang sama tahun lepas, iaitu kira-kira USD 214 juta. Pertumbuhan itu tercapai berikutan peningkatan pelaburan syarikat-syarikat China terhadap sektor perkilangan, perkhidmatan, maklumat dan telekomunikasi Filipina.

Dari Januari hingga Julai lalu, jumlah perdagangan dua hala China-Filipina mewujudkan pertumbuhan sebanyak 19% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan mencecah USD 10.3 bilion. China adalah rakan dagang kedua terbesar Filipina, selain sumber import terbesar bagi negara itu. Statistik Jabatan Pentadbiran Am Kastam-kastam China menunjukkan, dari Januari hingga Ogos lalu, nilai import eksport kedua-dua negara itu bertambah sebanyak 15% dan menduduki tempat kedua antara China dengan negara-negara ASEAN.

Baik dalam perdagangan bilateral mahu pun pelaburan China terhadap Filipina, daya tarikannya tidak akan terpengaruh oleh unsur politik. Beberapa banyak pegawai kerajaan dan usahawan Filipina yang hadir dalam Ekspo China-ASEAN yang berakhir baru-baru ini menyatakan, mereka tidak mahu melihat kegiatan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara itu diganggu oleh unsur politik. Bagaimana menarik pelaburan yang lebih banyak dari China adalah keutamaan sekarang ini. Bagi pihak kerajaan Filipina, kegiatan perdagangan yang semakin hangat akan membantu negara itu mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, sekali gus mencipta peluang pekerjaan yang lebih banyak. Bagi usahawan Filipina, China memang sebuah pasaran yang tidak boleh diketepikan. Bahkan sejak Mei lalu, kuasa paling besar di benua Asia itu menjadi pasaran eksport kedua terbesar bagi Filipina.

Tokoh-tokoh berkenaan negara itu mengakui, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Filipina masih berpotensi bertumbuh dan mampu menarik pelaburan asing yang lebih banyak, terutamanya dari China. Pada Julai lalu, Presiden Benigno Aquino III meluluskan akta undang-undang untuk mengizinkan bank-bank modal asing menguasai saham bank tempatan. Tindakan ini memudahkan bank-bank China menembusi pasaran Filipina dan mencipta peluang kepada perusahaan berkenaan untuk menanam modal di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China