Minggu Belia APEC 2014 yang dirasmikan di Universiti Tsinghua, Beijing hari ini menarik penyertaan hampir 60 wakil belia dari 21 entiti ekonomi APEC. Inilah kali pertama bagi para wakil menyertai aktiviti belia APEC.
Dalam aktiviti yang selama seminggu itu, para peserta akan menyertai Sidang Kemuncak Belia APEC, dialog belia dengan Mantan Perdana Menteri Australia, Bob Hawke, dialog belia dengan usahawan, dan kursus bagi meningkatkan kemampuan pemimpin belia. Selain itu, mereka juga akan melawat makmal sains penting China dan bertukar-tukar pendapat dengan mahasiswa Beijing.