Cari:
Whtie House Umumkan Agenda Lawatan Obama ke China, Myanmar dan Australia 
2014-11-05 14:36:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden AS, Barak Obama akan membuat lawatan ke China pada 10 hingga 12 November nanti. Dalam tempoh lawatan itu, Obama akan menghadiri Persidangan APEC dan Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin Industri dan Perdagangan. Demikian diumumkan dalam kenyataan White House AS semalam.

Menurut kenyataan tersebut, selepas mengakhiri lawatan ke China, Obama akan mengadakan lawatan rasmi ke Myanmar pada 12 hingga 14 November, di samping menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak AS-ASEAN yang bakal diadakan di Nay Pyi Taw. Dalam tempoh lawatannya di Myanmar, Obama akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Myanmar, U Thein Sein dan Aung San Suu Kyi.

Pada 15 hingga 16 November nanti, Obama akan melawat Brisbane, Australia dan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Kumpulan 20 (G20) yang diadakan di sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China