Wang Shouwen
Penolong Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen menyatakan semalam bahawa China berharap APEC benar-benar memainkan peranan penyelaras dan peneraju dalam usaha menggalakkan integrasi serantau dan menghabiskan kerja penggubalan Peta Garisan APEC Galalkan Pewujudan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik.
Dalam sidang media semalam, Wang Shouwen menyatakan bahawa penubuhan kawasan perdagangan bebas itu merupakan persepakatan yang dicapai 21 buah anggota APEC dan cadangan China telah mendapat sokongan daripada semua anggotanya. China berharap melaksanakan mekanisme perkongsian maklumat di kawasan perdagangan bebas APEC, dan meningkatkan interaksi dan tahap ketelusan dengan kawasan perdagangan bebas lain termasuk Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Trans-Pasifik(TPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau(RCEP), serentak itu meningkatkan penyelidikan dan penganalisisan terhadap Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik dan pembinaan kemampuan berunding agar memperkukuh asas bagi menggalakkan integrasi rantau Asia-Pasifik.
Menurut Wang, China menegaskan keazaman untuk menentang perlindungan perdagangan dalam sebarang bentuk. China berharap pelbagai pihak yang terlibat dapat bersetuju melanjutkan tempoh perjanjian mengenai tidak menjalankan sekatan baharu terhadap perdagangan dan pelaburan dari tahun 2016 ke tahun 2018.