Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2014 diadakan di Pusat Persidangan Negara di Beijing hari ini. Ini menandakan permulaan minggu persidangan pemimpin APEC.
Agenda mesyuarat pegawai-pegawai kanan yang berlangsung dua hari itu termasuk majlis perasmian, para hadirin bergambar bersama-sama, sidang pleno dan majlis penutupan. Mesyuarat itu akan meletakkan dasar yang penting bagi Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC ke-22 yang akan diadakan pada 10 dan 11 November.
Pengerusi Mesyuarat Pegawaippegawai Kanan APEC yang juga naib Menteri Luar China, Li Baodong telah mempengerusikan mesyuarat itu dan turut menyampaikan ucapan.