Cari:
Leung Chun Ying: Polis Hong Kong Jamin Ketenteraman Masyarakat
2014-11-06 16:30:13 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Situasi Hong Kong tidak boleh bergolak, polis Hong Kong merupakan garisan pertahanan terakhir untuk menjamin ketenteraman masyarakat dan menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat. Demikian dinyatakan oleh Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun Ying di dalam blog beliau semalam.

Leung berkata, keselamatan awam dijaga dengan baik oleh polis Hong Kong. Taraf perkhidmatan polis Hong Kong betul-betul bermutu tinggi. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk-penduduk Hong Kong yang menyokong tugas pihak polis.

Dalam perkembangan lain, pihak polis Hong Kong berkata, mereka sentiasa bersikap toleransi dan sabar untuk menangani tunjuk perasaan "Menduduki Kawasan Central" dan enggan melihat kecederaan akibat konflik berskala besar.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China