Cari:
Perdana Menteri Iraq Azam Tawan Semula Wilayah yang Diduduki IS
2014-11-06 13:03:39 CRI Cetak

Pasukan Keselamatan Iraq berazam menawan semula wilayah yang diduduki kumpulan militan Negara Islam (IS). Demikian kata Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abad ketika ditemui Menteri Pertahanan Britain, Micheal Fallon di Baghdad semalam.

Dalam pertemuan itu, Haider al-Abad menyatakan bahawa pasukan keselamatan Iraq telah mencapai kemenangan penting dalam pertempuran dengan IS. Beliau berazam membebaskan semua wilayah Iraq yang diduduki IS. Manakala, Fallon menghargai kemenangan pasukan Iraq itu dan menegaskan Britain akan memberikan semua bantuan yang diperlukan Iraq, termasuk senjata dan kelengkapan serta memberi latihan kepada askar Iraq.

Dalam perkembangan lain, Presiden A.S., Barack Obama dalam sidang media di Rumah Putih semalam menyatakan bahawa beliau telah menjadikan permohonan untuk mendapat mandat bagi melancarkan serangan terhadap IS sebagai satu daripada tiga matlamat kerjasamanya dengan Kongres A.S. pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China