Cari:
Perancis dan A.S. Selaraskan Pendirian dalam Isu Nuklear Iran
2014-11-06 13:04:35 CRI Cetak

Menteri Luar Perancis,Laurent Fabius dan Setiausaha Negara A.S., John Kerry ketika mengadakan rundingan semalam menyatakan kedua-dua pihak akan menyelaraskan pendirian dalam rundingan mengenai isu nuklear Iran.

Kedua-dua pemimpin tersebut dalam sidang media selepas pertemuan itu berakhir menyatakan bahawa pendirian yang sama antara Perancis dengan A.S. amat penting dalam rundingan mengenai isu nuklear Iran yang bakal diadakan. Kedua-dua pemimpin itu menganggap bahawa Iran berhak membangun dan memiliki teknologi nuklear bagi tujuan keamanan tetapi dilarang membangun senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China