Cari:
Wabak Ebola Tamparan Hebat kepada Ekonomi Tiga Negara Afrika Barat
2014-11-06 15:05:43 CRI Cetak

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) menyatakan semalam bahawa wabak Ebola telah memberikan tamparan hebat kepada ekonomi Guinea, Liberia dan Sierra Leon. Ketiga-tiga negara yang baharu melepaskan diri daripada kebergantungan pada bantuan dan wang pinjaman asing menghadapi semula masalah ekonomi yang teruk.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB semalam menyatakan bahawa syarikat kewangan antarabangsa yang dibawah pentadbiran Bank Dunia mengumumkan akan melaksanakan rancangan pembiayaan bagi menyediakan dana sebanyak USD 450 juta kepada ketiga-tiga negara tersebut.

Kerajaan China telah memberikan bantuan kewangan sebanyak USD 2 juta kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Geneva semalam untuk membantu ketiga-tiga negara tersebut mengatasi wabak Ebola. Menteri Luar China, Wang Yi di Beijing semalam menyatakan bahawa China menyalurkan bantuan dengan sedaya upaya kepada negara Afrika walaupun China masih sebuah negara membangun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China