Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2014 kali terakhir diadakan di Pusat Persidangan Negara di Beijing pada 5 dan 6 November ini.
Sidang yang disertai seramai 300 orang itu telah meluluskan beberapa inisiatif yang melibatkan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik, kesalinghubungan, pembangunan ekonomi dan inovasi serta pembaharuan. Inisiatif tersebut akan diserahkan kepada mesyuarat dan sidang yang bakal diadakan untuk dibahaskan.