Cari:
China Pacu Pelaksanaan Rangka Kerjasama 2+7
2014-11-07 11:36:37 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri siri mesyuarat pemimpin-pemimpin Asia Timur di Nay Pyi Daw, Myanmar dari 12 hingga 14 November nanti serta melakukan lawatan rasmi ke negara itu. Kementerian Luar China memaklumkan, lawatan kali ini akan memacu proses pembinaan Jalan Sutera Laut Abad ke-21 dan pelaksanaan "rangka kerjasama 2+7 " China-ASEAN.

Siri mesyuarat pemimpin-pemimpin Asia Timur, satu mekanisme dialog dan kerjasama antara 10 buah negara ASEAN dengan China, Jepun, Republik Korea (RoK), AS dan Rusia, merangkumi Sidang Pemimpin 10+1, Sidang Pemimpin 10+3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur. Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin menyatakan:

"Kehadiran PM Li dalam sesi mesyuarat itu dianggap sebagai satu langkah penting dalam menjalankan diplomasi dengan negara-negara jiran, kerana China bakal membentangkan dasar tentang kerjasama antara Asia Timur serta mengemukakan beberapa cadangan baharu dan tindakan berkenaan."

ASEAN merupakan keutamaan dalam usaha diplomasi China. Dalam Sidang Pemimpin 10+1 tahun lepas, PM Li mengemukakan dua konsensus politik mengenai peningkatan rangka kerjasama China-ASEAN dalam tujuh bidang (2+7) bagi memudahkan kedua-dua pihak menggaris rangka tindakan dalam usaha mewujudkan kerjasama "dekad berlian". Dalam sidang tahun ini, PM China ini akan mendedahkan tindakan baharu mengenai pelaksanaan "rangka kerjasama 2+7" tersebut. Menurut Liu Zhenmin:

"China akan mengesyorkan pihak-pihak berkenaan supaya merapatkan lagi hubungan politik yang saling mempercayai, sekali gus memacu pembinaan Jalan Sutera Laut Abad ke-21 dan melaksanakan 'rangka kerjasama 2+7' demi merealisasikan kerjasama dan pertukaran dalam bidang kewangan, maritim, keselamatan, kebudayaan dan kesalinghubungan."

Ketika memperkatakan tentang lawatan PM Li ke Myanmar, Liu Zhenmin memaklumkan:

"Pemimpin kedua-dua negara itu akan membincangkan kerjasama pragmatik antara satu sama lain berasaskan prinsip sama rata dan saling menguntungkan, di samping mendorong kerjasama dalam kesalinghubungan, pertanian, kewangan dan lain-lain mencapai hasil yang baharu, serta memperkasakan pertukaran dalam bidang kebudayaan, pendidikan, penerangan dan sebagainya. "

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China