Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri Sidang Kemuncak ke-9 Pemimpin Kumpulan 20 (G20) yang akan diadakan di Bribane, Australia pada 15 dan 16 November nanti atas undangan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott. Maklumat ini diumumkan Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang hari ini.
Selain itu, Presiden Xi juga akan mengadakan lawatan rasmi ke Australia, New Zealand dan Fiji serta mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara kepulauan di Lautan Pasifik yang telah menjalin hubungan diplomatik dengan China di Fiji pada 16 hingga 23 November nanti.