Cari:
Kongres Kebangsaan Libya Menolak Dibubarkan
2014-11-07 15:40:35 CRI Cetak

Kongres Kebangsaan Libya semalam mengeluarkan kenyataan yang berkata keputusan Mahkamah Tertinggi Libya berhubung Kongres Kebangsaan "melanggar perlembagaan" adalah tidak sah dan pihaknya menolak untuk dibubarkan mengikut keputusan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, kerajaan telah hilang kawalan terhadap Tripoli, ibu negara Libya dan bandar itu sedang diduduki oleh kumpulan militan yang haram. Mahkamah Tertinggi membuat keputusan itu kerana dipaksa dan diancam.

Sebelum ini, Mahkamah Tertinggi Libya memutuskan bahawa fasal-fasal berhubung menubuhkan Kongres Kebangsaan "melanggar perlembagaan", dengan ini, pilihan raya Kongres Kebangsaan yang diadakan pada bulan Jun lalu adalah tidak sah. Kerajaan sementera yang dibentuk pada masa itu juga perlu dibubarkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China