Cari:
Sidang Menteri Luar dan Perdagangan APEC di Beijing
2014-11-08 15:00:01 CRI Cetak

Sidang Menteri Luar dan Menteri Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2014 dirasmikan di Beijing semalam. Sidang yang berlangsung dua hari itu akan terus membuat persiapan kepada Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-peminpin APEC.

Dalam sidang semalam, Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan bahawa para peserta akan berusaha untuk memperluas persepakatan agar meluluskan pengumuman bersama sidang menteri itu dan menyediakan suasana yang baik kepada sidang pemimpin nanti.

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng menyatakan bahawa anggota APEC perlu menggalakkan dan mempercepat proses integrasi ekonomi Asia-Pasifik, serentak itu dengan aktif menjalankan kerjasama ekonomi dan teknologi untuk mengeratkan hubungan perkongsian, mewujudkan saling menguntungkan dan situasi menang-menang serta berkembang bersama.

Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang dalam sidang media memberitahu wartawan bahawa inisiatif untuk meningkatkan kerjasama rantai nilai sejagat di rantau Asia-Pasifik telah mendapat sokongan penuh daripada semua anggota APEC. Kandungan inti inisiatif itu akan termaktub dalam perisytiharan bersama Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin APEC nanti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China