Cari:
Putin Puji Persidangan APEC di Beijing
2014-11-08 15:02:40 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menerima wawancara wartawan China sempena Persidangan Pemimpin-pemimpin Tidak Rasmi APEC di Beijing. Beliau berpendapat bahawa pertemuan pemimpin-pemimpin APEC di Beijing akan menyumbang kepada usaha meningkatkan kesamarataan serantau dan hubungan perkongsian yang saling menguntungkan.

Putin menyatakan bahawa sebagai tuan rumah persidangan APEC tahun 2014, China telah menyiapkan beberapa inisiatif seperti Peta Garisan Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas di Rantau Asia-Pasifik.

Ketika menyebut hubungan Rusia dengan China, Putin menyatakan bahawa memperkukuh hubungan dengan China diutamakan dalam dasar luar Rusia. Hubungan Rusia-China yang baik telah menjadi unsur yang paling penting bagi kedua-dua negara menjamin keuntungan politik di arena antarabangsa pada abad ke-21, serentak itu ia telah memainkan peranan yang penting dalam membina order dunia yang adil, harmoni dan selamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China