Cari:
Xi: China Membiayai USD 40 Bilion bagi Penubuhan Tabung Laluan Sutera
2014-11-09 14:59:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping mempengerusikan Dialog Perkukuhkan Perkongsian Kesalinghubungan di Beijing semalam. Xi dalam ucapan yang bertajuk "Kesalinghubungan terajui hala tuju perkembangan, rakan fokuskan kerjasama" menegaskan bahawa kerjasama yang pragmatik untuk membangun Kawasan Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 mesti diperkasakan, selain perlu memperdalam perkongsian kesalinghubungan antara negara-negara Asia, sekali gus bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib dan perkembangan.

Dalam dialog tersebut, Xi berkata, kesalinghubungan patut dibina dalam tiga aspek, iaitu prasarana, sistem dan peraturan serta program pertukaran kakitangan. Beliau turut mengemukakan lima cadangan bagi menjayakan usaha tersebut. Pertama, mewujudkan kesalinghubungan di Asia terlebih dulu. Kedua, membentuk rangka asas kesalinghubungan di Asia berdasarkan koridor ekonomi berkenaan. Ketiga, melaksanakan projek pembinaan landasan kereta api dan lebuh raya yang menghubungkan China dengan negara-negara jiran. Keempat, China akan membiayai USD 40 bilion untuk menubuhkan Tabung Laluan Sutera. Dan kelima, China akan memberi latihan kepada 20 ribu kakitangan negara-negara jiran dalam bidang kesalinghubungan pada lima tahun yang akan datang.

Dalam dialog itu, para pemimpin sepakat berpendapat, pelbagai negara yang terlibat perlu meningkatkan pembinaan prasarana dan koridor ekonomi, mendorong kesalinghubungan dalam bidang perdagangan, pengangkutan, kewangan dan sosiobudaya demi mewujudkan integrasi ekonomi serantau dan arkitekur ekonomi Asia yang lebih terbuka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China