Cari:
Negara Asia Digesa Terus Tingkatkan Tahap Kesalinghubungan Serantau
2014-11-09 15:29:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping mempengerusikan Dialog Perkukuhkan Perkongsian Kesalinghubungan semalam di Beijing. Dialog tersebut turut mengeluarkan Pengumuman Bersama Dialog Perkukuhkan Perkongsian Kesalinghubungan.

Menurut pengumuman tersebut, mengembangkan ekonomi dan memperbaiki kehidupan rakyat merupakan misi utama pelbagai negara di Asia pada masa ini. Memandangkan persaingan dalam aspek modal, pasaran dan teknikal semakin sengkit, kesalinghubungan menjadi peneraju baharu bagi kerjasama dan kemakmuran yang berkekalan di Asia.

Pengumuman itu berpendapat, kesalinghubungan merupakan usaha bersama pelbagai negara Asia. Semua negara yang terlibat akan memperkasakan pembinaan prasarana demi perkembangan bersama.

Pengumuman itu juga menyokong China dan negara-negara yang berkenaan bersama-sama menubuhkan Bank Infrastruktur dan Pelaburan Asia (AIIB).

Menurut pengumuman itu, perkongsian kesalinghubungan bukan sahaja merupakan komponen penting bagi hubungan rakan pelbagai negara Asia, malah juga wajib bagi pembangunan Asia dan penubuhan komuniti berkongsi nasib. Pengumuman itu menggesa pelbagai negara Asia bekerjasama dan berusaha meningkatkan tahap kesalinghubungan demi perkembangan dan kemakmuran yang berkekalan di Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China