Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng mengadakan pertemuan dengan Menteri Ekonomi Perdagangan dan Industri (METI) Jepun, Yoichi Miyazawa yang menghadiri Mesyuarat Menteri Luar dan Menteri Perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2014 yang diadakan di Beijing semalam. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan dua hala dan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
Gao Hucheng berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, perkembangan hubungan kedua-dua negara terbenam dalam kebuntuan dan kerjasama perdagangan juga terjejas. Kerajaan China sentiasa mengutamakan dan komited untuk mengembangkan hubungan persahabatan kejiranan dengan Jepun. Kedua-dua pihak perlu menghargai hasil kerjasama ekonomi dan perdagangan bilateral yang telah dibuahkan oleh usaha bersama kedua-dua negara pada masa ini. China berharap Jepun dapat mengambil tindakan yang praktikal untuk memperbaiki hubungan dua hala berdasarkan persepakatan empat perkara yang telah dicapai oleh kedua-dua negara.
Yoichi Miyazawa pula berkata, Jepun menanti-nantikan hubungan Jepun dan China dapat diperbaiki dan dikembangkan dengan peluang pencapaian persepakatan empat perkara. Jepun juga mengalu-alukan lebih banyak perusahaan China melabur ke Jepun.