Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang medianya selepas menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Ke-26 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan di Beijing semalam memperkenalkan keistimewaan Persidangan APEC dan usaha-usaha untuk menjayakan persidangan kali ini.
Wang Yi berkata, China amat mementingkan Persidangan APEC kali ini. Sebagai tuan rumah, China menaruh perhatian terhadap perkembangan Asia Pasifik dalam jangka masa yang panjang. Ketika membuat persiapan untuk persidangan kali ini, pihak China memberi perhatian dalam beberapa aspek sebagai berikut:
Pertama, persidangan kali ini perlu memainkan peranan panduan. Persidangan kali ini adalah untuk menggariskan hala tuju kerjasama Asia Pasifik. Kami memilih beberapa topik mengenai kerjasama yang membawa makna penting dan mengemukakan lebih 50 projek kerjasama bagi menggalakkan pelbagai anggota untuk mencapai konsensus penting mengenai isu-isu berkenaan.
Kedua, persidangan kali ini memperlihatkan pandangan strategik. Kami menggalakkan penggubalan peta jalan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) untuk menggariskan hala tuju kerjasama Asia-Pasifik pada masa depan.
Ketiga, persidangan kali ini menunjukkan semangat inovasi. Kami mengemukakan cadangan agar para peserta mengeluarkan Kenyataan mengenai Ulang Tahun ke-25 Tertubuhnya APEC untuk merancang program kerjasama di Asia Pasifik pada 25 tahun yang akan datang.
Keempat, kami mengemukakan sasaran yang jumlah pelancong antarabangsa anggota APEC melebihi 800 juta menjelang tahun 2025. Merealisasikan matlamat kadar sumber tenaga baharu dalam struktur sumber tenaga meningkat berkali ganda di rantau Asia Pasifik menjelang tahun 2030. Tempoh kesahan kad pelancongan perniagaan dapat dilanjutkan kepada lima tahun daripada tiga tahun.