Cari:
Xi Jinping Hadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak CEO APEC
2014-11-09 14:25:50 CRI Cetak

Sidang Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) diadakan di Pusat Persidangan Negara di Beijing pagi tadi. Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri majlis perasmian sidang itu dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "Mewujudkan Pembangunan yang Kekal dan Bersama-sama Menepati Impian Asia-Pasifik".

Presiden Xi menegaskan bahawa ekonomi China sekarang menunjukkan situasi baharu, dan akan mendatangkan peluang pembangunan baharu kepada China. China akan teguh dan tidak akan berganjak untuk meneruskan pembaharuan. Pembangunan China akan turut membawa peluang dan keuntungan raksasa kepada rantau Asia-Pasifik bahkan dunia. China bersedia bersama-sama dengan negara Asia-Pasifik untuk merealisasikan impian Asia-Pasifik.

Presiden Xi menyatakan bahawa perhubungan dan kebergantungan ekonomi antara China dengan Asia-Pasifik bahkan dunia semakin erat, China akan berfokus pada urusan dalaman China dan juga akan berusaha berkongsi hasil pembangunan China dengan Asia-Pasifik bahkan dunia.

Dalam ucapan terakhir, Presiden Xi menyatakan bahawa pelbagai pihak di rantau Asia-Pasifik harus mengikuti arus zaman, bersama-sama membina hubungan rakan Asia-Pasifik yang menghadapi masa depan, menjalankan kerjasama serantau dan mencipta masa depan yang cerah.

Sidang Kemuncak CEO APEC 2014 bertemakan "Hasrat Baharu Asia-Pasifik: Inovasi, Kesalinghubungan, Harmoni dan Makmur". Seramai lebih 1,500 tetamu dari 21 buah entiti APEC dan 17 buah negara dan kawasan lain menghadiri sidang hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China