Ucapan Presiden China Xi Jinping dalam perasmian Sidang Kemuncak Pemimpin Ekonomi Anggota APEC 2014 mendapat sambutan hangat di persada antarabangsa. Media asing mendakwa, gagasan "Impian Asia Pasifik" yang baru saja dikemukakan Presiden Xi, menunjukkan ambisi China mahu membentuk tata tertib baharu ekonomi dan politik serantau.
Akhbar Singapura Lianhe Zaobao memperkatakan, selepas mengemukakan gagasan "Impian China", Xi mengemukakan lagi gagasan baharu "Impian Asia Pasifik". Ini menandakan bahawa kuasa terbesar di Asia ini sedang mengusahakan pembentukan tata tertib baharu ekonomi dan politik serantau yang terbuka dan bersifat inklusif serta berasaskan kerjasama yang saling menguntungkan.