Cari:
Sidang Kemuncak CEO APEC Bincang Integrasi Ekonomi Asia-Pasifik
2014-11-10 13:09:16 CRI Cetak

Sidang Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) selama dua hari dirasmikan di Pusat Konvensyen Negara di Beijing pagi semalam. Seramai lebih 1,500 pemimpin anggota-anggota APEC dan tokoh-tokoh ekonomi dan perindistrian serta sarjana dari rantau Asia-Pasifik menghadiri sidang tersebut.

Keadah untuk mendorong integrasi ekonomi Asia dan melaksanakan Peta Garisan Beijing menjadi tumpuan perhatian para peserta. Persiden Chile, Michelle Bachelet berpendapat bahawa Asia-Pasifik perlu mewujudakan pembangunan bersifat inklusif. Katanya, "Kami amat menyokong Peta Garisan Beijing dan percaya Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (APFTA) dapat diwujudkan berdasarkan integrasi yang sedia wujud atau masih dibincangkan, seperti hubungan rakan Pasifik, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) atau Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RECP). Pelbagai mekanisme tersebut saling melengkapi."

Ketua Lembaga Pengelola yang juga CEO Syarikat Caterpillar, Doug Oberhelman menyatakan bahawa skop syarikatnya sekarang merupakan tiga gali ganda berbanding dengan tahun 1989 dan ini kerana syarikatnya mendapat faedah daripada proses integerasi seperti APEC. Menurutnya, perkara yang paling penting sekarang ini ialah pemimpin pelbagai entiti ekonomi memberikan sokongan dan galakan supaya perjanjian perdagangan multilateral dicapai. Katanya, "Bagi saya, yang paling mustahak ialah sokongan pemimpin dari 21 entiti ekonomi terhadap perdagangan dan sistem perdagangan multilateral. Saya menanti-nantikan hasil rundingan berkenaan dicapai secepat mungkin kerana dalam situasi ekonomi yang menjadi lembap tahun ini, perjanjian itu dapat memberikan faedah kepada pertumbuhan KDNK kita."

Presiden China, Xi Jinping mengumumkan bahawa China akan memperuntukkan USD40 bilion untuk membina Tabung Laluan Sutera. Tindakan ini mendapat sambutan hangat daripada para peserta sidang tersebut. Pengerusi Lembaga Pengelola Bank China, Tian Liguo berkata, "China menganjurkan pembinaan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia, dan pertama membina tabung Laluan Sutera. Kami berharap agar lebih banyak negara dan syarikat Asia menyertai program ini supaya menyuntik kedinamikan baharu terhadap pasaran asia. Bank China juga tidak akan ketinggalan berbuat demikian."

Pemimpin dari entiti ekonomi bukan anggota APEC seperti Bangladesh, Kemboja, Laos dan Myanmar turut diundang menghadiri sidang kemuncak CEO tersebut dan menyampaikan ucapan. Mereka melahirkan hasrat untuk menyertai proses integrasi Asia-Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China