Cari:
Kenyataan Bersama China-AS mengenai Perubahan Iklim Disambut Baik
2014-11-13 15:45:20 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa menyambut baik Kenyataan Bersama China-AS berhubung Perubahan Iklim yang dikeluarkan di Beijing semalam.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataannya menyifatkan tindakan ini sebagai sumbangan penting bagi usaha mencapai perjanjian baharu pada Persidangan Iklim Paris 2015. Menurut beliau, China dan AS memamerkan kepimpinan mereka yang dinanti-nantikan seluruh dunia. Ban mengalu-alukan pelan yang ditetapkan pemimpin China-AS itu serta janji mereka untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Eropah, Herman Van Rompuy dan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jean-Claude Juncker dalam kenyataan bersama menyatakan, EU menyambut baik tindakan China dan AS untuk menghadapi perubahan iklim selepas tahun 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China