Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan pemimpin-pemimpin 10 negara ASEAN bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu seperti menangani perubahan iklim, menjamin keselamatan rantau dan memacu pertumbuhan ekonomi pada Sidang Kemuncak ASEAN-PBB ke-6 di Nay Pyi Daw, Myanmar semalam.
Ban menyeru negara-negara ASEAN supaya bergembleng tenaga untuk menangani cabaran baharu yang dihadapi seluruh umat manusia.
Menurut beliau, pertikaian wilayah, proses demokrasi Myanmar dan penularan wabak Ebola adalah tiga keutamaan di kawasan Asia buat masa sekarang. Ban menekankan, pihak-pihak terbabit bertanggungjawab menjamin pertikaian berkenaan diselesaikan secara damai di bawah rangka dialog.
Dalam pada itu, Presiden Myanmar, U Thein Sein menyatakan, ASEAN harus mengintensifkan kerjasama dalam politik, keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya demi merealisasikan matlamat perkembangan PBB serta visi pembangunan Komuniti ASEAN selepas tahun 2015.